Pages

Translate

Thursday 4 April 2013

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Assalam..Hai olls, Aku blogger baru kat blogspot nie. Selama nie asyik baca kisah orang pasal beranak, kali nie aku pulak nak berkongsi cerita dgn korang semua.

Hope korang enjoy baca pengalaman aku.

Begini ceritanya...

Jeng jeng jeng cam suspen pulak..hahaha..

Aku nikah 23 Oct 2010. Sekali jer datang bulan lepas kawin terus 'termengandong' boleh?? Hihih. Aku dapat tahu mengadung pon lepas sebulan setengah aku kawin. Kira bunting pelamin la aku nie. Aku check kat klinik swasta kat Nanding, Hulu Langat kampongku. Makanya, excited la kami somi isteri. Maklumlah nak menimang cahaya mata.

Memandangkan kat klinik Nanding, Hulu Langat kampongku itu takde service scan baby, kami somi isteri ni pon terpaksa la ke klinik lain untuk buat scan supaya ada bukti yang lebih sahih di dalam simpanan (yo yo o jer, padahal dh hilang dh pic scan yg 1st tuh hehehe). Maka sampailah kami di klinik Wardah, Kampong Pandan yg tak berapa nak 'kampong' sgt tuh hehe.

Murah jer charge scan baby kat klinik tuh (RM35). Murah kan??? Scan dia pon canggih. Kira puas hati la pergi sana. So, kepada ibu-ibu mengandong sekelian silalah bertandang ke klinik Wardah. Eh promotion free pulak.

Panjang sungguh mukadimah aku.
Sambung cerita.

So, Mr. Scanner bgtau due date aku ialah 14 Ogos 2011. Tapi bila aku pergi check kat klinik kerajaan, due date aku 3 Ogos 2011. Ah sudah, tak tahu nak follow yg mana satu. Jadinya, menunggulah kami somi isteri dalam tempoh 9-10 bln itu dgn penuh debar dan sabar.

3 Ogos 2011

Takde tanda-tanda nak beranak lagi. Relek lg melepak-lepak tengok TV sambil menguyah makanan. Dalam hati neves gak fikir 'hari ni kah aku bakal melahirkan?'. Sampai ke malam takde rasa pape. Tido lena dibuai mimpi. Doktor bg 9 hari lg utk tunggu tanda.

11 Ogos 2011

Dah seminggu lewat. kalau hari ni tak beranak lg, esok kena menyerah diri di'induce'kan. Huhu takot tp relek lg coz tak pernah tahu rasa di'induce'. Malam tuh aku masuk tido macam biasa kol 10. Lebih kurang jam 12 tgh malam, perut aku rasa sakit cam nak terberi. Aku boleh agak ni mesti rasa nak beranak nih. Aku kejutkan somi aku yg tgh tido berdengkur tuh. Dia pon catat masa selang contraction sebab nurse pesan kena catat.

Masa contraction tak menentu kejap stengah jam, 15 mnt, 10 mnt, macam main-main pulak. Kami pon menunggu macam buah tak gugur. Rasa pon tak lah berapa sakit, mild contraction jer. Jam 3.30 pg lebih kurang contraction tu pon berenti langsong aku sambong tido lg huhuhu..

12 Ogos 2011

Masa yg ditunggu-tunggu pon tiba. Hwaaa menyerah diri ke hospital. Berdebar tahap tak tau nak cakap apa dah. Kiranya dah tahap pasrah lagi redha. Sampai jer kat Hospital Ampang, aku pon terus kene admit ward. Ward 4D kalau tak silap. Lupe la pulak heheh banyak urat dah putus la kata ko. Dok melepak dlm wad sambil-sambil berkenalan dgn kawan baru. Diorang memang best. Semuanya ramah-ramah belaka. Nurse pon baik-baik n sopan santun cam perempuan Melayu terakhir gitewww hihihi.

Nurse n doctor pesan banyakkan berjalan supaya baby cepat keluar. Aku pon apa lg dgn gigihnya jalan meronda satu wad. Dari depan ke belakang, dari belakang ke depan, sampai naik muak orang-orang kat situ nengok aku berjalan haih haha. Dari pagi sampailah ke malam hinggakan jam 12 malam pon aku masih berjalan lagi huhuh..Haaa amacam ? Gigihkan aku? Demi anak ku teruskan jua (bahasa poyo dah mai dah).

Tapi... Masih tak keluar-keluar lg anakku yg sorang nih. Hai sedap benor ke duduk dalam perot mama?.
Maka berakhirlah hari ni tanpa ada tanda-tanda nak beranak.

Doktor cakap esok aku kena induce pagi. Huih berdebar lg.

13 Ogos 2011

Pagi ni doktor lain pulak yang buat round. Yang kelakarnya, doktor dah terlepas pandang, sepatutnya hari ni lah aku kena induce tapi diorang semua tak perasan. Aku pon buat-buat tak perasan gak la hahaha. Sampai ke malam takde sorang pon yang perasan hahaha selamat aku  tapi malangnya tak beranak secara natural jgak hwahwa dah nasib.

14 Ogos 2011

Pagi yang cerah, doktor yang lebih pakar datang buat round sampai sekarang aku ingat muka doktor tuh. Kasar orangnye tapi baik hati (ayat membodek lalalala). Dia la yang perasan aku sepatotnye kena induce semalam, habis nurse dengan doktor semalam kena bebelan dia. Nah amek kau kaw kaw.

Lepas buat round, dia suruh aku pergi bilik kat depan kaunter nurse utk buat VE. Doktor tu sendiri yg VEkan aku. Umanghai ganas nak mampus doktor nih. Berkerot muka aku tahan pedih tangan dia dok godeh. Bukaan baru bukak 2 cm. Aku pon cam pelik dah bukak 2cm? Tak rasa pape pon?. Tak lama lepas tu dalam pukul 10 setengah, doktor masukkan ubat induce. Masa menunggu kat luar bilik, ada lg sorang budak (sebab dia lg muda dr aku) pon nak kena induce. Aku tengok dia dok menggigil kat sebelah aku. Aku tanya la dia kenapa menggigil? Dia cakap ni kali kedua dia induce. Sakit sgt katenyeee... Eeeee aku pon ape lg dr tak berapa menggelabah terus tak tentu arah. Masing-masing senyap. Nama budak tu kena panggil dulu. Dia keluar je dia buat muka tak best pulak. Haih lg cuak la aku dibuatnye. Aku pulak masuk, hmmm??? Tak sakit pon?? Kenapa budak tu beria benar takotnye?? Pelik lg aku....

Lepas je kena induce, aku pon berjalan-jalan lg. Sampai la ke petang langsong tak sakit. Doktor cakap kalau takde rasa nak beranak jgak malam ni, esok masuk ubat kedua pulak. Hmmm redha jer la.

Petang tu, masa makan malam kol 6.30, perot aku memulas. Aku makan pon tak habis coz perot rasa tak selesa. Aku tahan jer sebab nurse-nurse semua tengah buka pose. Ya aku beranak bulan Ramadhan. Waktu melawat pulak dah habis, so tinggal la aku sorang-sorang tahan sakit. Lepas nurse buka pose dalam pukul 8 gitu aku bgtau nurse perot aku sakit. Nurse terus masukkan ubat suruh berak tu. Lagi tambah memulas la perut aku. Aku tepon en. somi suruh dia masuk. Aku yg tak tertahan nak o okkk ni pon ke tandas la melepaskan hajat. Punyela sakit perot aku. Memulas tak hengat. Time2 tu jgak la en. somi sampai dok terpanggil-panggil aku. Last2 dgn en. somi sekali masok tandas meneman aku terberi sambil menangis tahan sakit. Sian en. somi terpakse menghirup udara tercemar hahaha tq untuk penorbananmu suamiku.

Nurse check bukaan dah 4cm tp tak boleh masok LR lg coz penuh. Adeh la terpakse menunggu kat dalam wad. Tapi takpe la aku pon tak la sakit sgt. Boleh senyum lg. Tak lama lepas tu en. somi kena halau keluar sebab tak boleh tunggu dalam wad. Sungguh tak memahami mak cik guard tuh. Huh nyampah. Aku pon tahan la sakit sambil geget tuala hohoho... Seb baik ada kakak-kakak yg sudi teman n borak-borak dgn aku. Ada sorang akak tu siap bacakan kat ubun2 aku doa nabi Yunus. Baiknye dia. Alhamdulillah. Kami pon berborak-borak lagi siap boleh ketawa lg aku.

Jam 10 setengah malam, nurse bagi baju putih suruh tukar coz dah nak hantar masok LR. Nurse suruh call en. somi suruh masuk kemas barang. Aku pon disorong naik wheelcha ke LR. 1st time naik hehehe.

Masuk je LR, ingatkan dah boleh terus beranak, rupanya kena tunggu sampai 10cm baru la boleh. Time dah sakit tu fikiran pon dah tak berapa waras (hanya orang yang dah mengalami jer faham). 1 jam bukak 1cm. Fuhhh sengsara betol aku rasa. Time tu la teringat kat arwah mama (macam ni rupanye mama sakit nak beranakkan aku). Huhu sedih pedih. Makin lama makin sakit pulak aku rasa. Bila bukaan dah 5 atau 6cm, nurse pecahkan air ketuban. Aku rasa macam air suam mengalir kat celah kangkang aku. Lepas je pecah air ketuban, rasa sakit makin menjadi-jadi sampai aku meraung-raung mintak operate la epidural la haha bila ingat balik kelakar pulak.

Bila bukaan dah 7cm, perot aku memulas nak meneran. Tak dapat nak ditahan-tahan. Dia meneran secara automatik ye kengkawan. Nurse masok tanye awak ada rasa nak meneran ke? Aku anggokkan kepala jer. Nurse kata kalau nak teran, teran jer. Time tu la dah ramai nurse yg masok bilik. Nurse suruh aku pegang kaki sambil meneran tapi aku tak pandai. Lepas tu dia keluarkan satu alat besi yg besar. Terperanjat aku. Aku ingatkan dia nak godok kat bawah tu utk besarkan bukaan rupanye dia nak ikat tepi katil buat aku pegang tali supaya dapat teran dgn lebih baik lg. Hahaha cuak sekejap.

Bila doktor suruh teran aku teran tapi aku teran kat muka sampai merah-merah muka. Dah la petang tadi aku makan tak habis, so aku dah takde tenaga nak teran. Mananye dgn mamai lagi coz gas Etonoks yg aku sedut tu tapi kupaksakan jgak. Dalam keadaan lemah tu, kepala baby dah sampai ke pintu tapi tak keluar2. Lebih kurang 40 minit aku meneran akhirnya keluar jgak anak aku yg sorang nih. Alhamdulillah.

 Ni la Hero Abah n Mama

Habis sudah cerita anak pertama. Nantikan entry utk anak kedua aku pulak ekkk. Babai olls...